Ketawa membaiki sistem imun, hormon endorfin, mengurangkan tekanan dan menambah baik keadaan mental.
MUNGKIN ia sesuatu yang jarang didengari, namun senaman yoga ketawa mampu menghilangkan pelbagai penyakit dan kini menjadi pilihan masyarakat Amerika Syarikat (AS)

Kejatuhan ekonomi negara itu telah membuatkan rakyatnya tidak mampu untuk membeli-belah mahupun bersenang hati seperti sebelum ini.
Bukan sekadar tertawa biasa tetapi ketawa yoga merupakan satu senaman yang menghimpunkan pergerakan darah seperti sedang bertafakur secara senyap dengan tarikan nafas yang cukup dalam.
"Apabila ekonomi negara jatuh maka kehidupan kita menjadi sukar. Banyak masalah timbul terutama berkaitan bajet rumah tangga. Jadi, ketawa merupakan perkara mudah dan ia datang secara semula jadi," kata Nira Berry yang mengetuai seramai 60 individu termasuk pesakit kanser menerusi satu sesi senaman 'ha...ha' yoga selama satu jam di sebuah hospital di pinggir bandar Washington baru-baru ini.
Satu gerakan memanaskan badan dengan lebih cepat dilakukan menerusi ketawa yang berbunyi 'ho...ho', kemudian diikuti dengan sebutan 'ha...ha...ha'.
"Ketawa yoga merupakan senaman yang cukup unik iaitu menggabungkan gelak tawa dan pernafasan yoga. Apabila individu ketawa, ia akan mengeluarkan nafas. Dalam masa yang sama dan secara automatik, pernafasan yoga akan memberi kelegaan," tambah Berry.
Sebenarnya, bukan mudah untuk mengikuti kelas ketawa yoga. Seseorang tidak boleh mengambil sebarang pil dan minuman keras supaya kaki mudah dibengkokkan dalam sesi senaman yoga.
Berry berkata, bukan mudah untuk membuatkan setiap peserta senaman itu tertawa. Jadi, mereka dikehendaki memulakan ketawa dengan apa cara sekali pun.
"Walaupun ketawa yang dilakukan hanyalah pura-pura tetapi sebenarnya ia telah mengubah kecenderungan diri seseorang.
"Ia akan membuatkan diri kita sentiasa sihat dan akhirnya ketawa itu menjadi seperti semula jadi," katanya.
Senaman yoga ketawa baru sahaja popular dalam kalangan masyarakat AS, sedangkan ia sudah pun tersohor di Eropah dan 30 negara lain di seluruh dunia sejak 15 tahun lalu melalui pengasasnya yang berasal dari India, Madan Kataria.
"Masyarakat AS lebih gemar fokus kepada nasihat doktor sahaja. Manakala doktor pula seringkali tidak memberi peluang pesakit untuk memilih cara perubatan lain, selain mengambil ubat bagi menyembuhkan penyakit.

"Namun sekarang, sudah ramai yang mula berminat untuk mengikuti kaedah lain kerana mereka sedar cara untuk menyembuh penyakit juga boleh dilakukan menerusi senaman, vitamin dan yoga ketawa.
"Kini, saya dapat melihat peningkatan minat masyarakat untuk berkecimpung dalam senaman sihat ini," jelas Berry yang turut mengamalkan senaman yoga bagi menghilangkan tekanan dan sebagai kemoterapi ketika menghidap kanser payu dara lapan tahun lalu.
Merujuk kajian University of Maryland yang dilaporkan pada tahun 2006, seseorang yang menonton filem komedi lebih mendorong perjalanan darah yang baik ke dalam hati berbanding mereka yang menonton filem sedih yang membuatkan kelancaran perjalanan darah semakin menurun.
Menerusi salah satu kajian lain yang dikendalikan di Jepun, penyakit kencing manis seseorang juga akan menurun apabila mereka setia menyaksikan persembahan komedi.
Selain itu, kelebihan lain senaman yoga ketawa ialah ia membaiki sistem imun, mengurangkan tekanan, menggalakkan tahap endorfin, menambah baik keadaan mental dan memberi satu senaman yang luar biasa.

Tahukah anda, ketawa selama 10 minit bersamaan dengan melakukan senaman selama setengah jam? Ia dilakukan dengan berbaring di atas lantai sambil bersandar di kerusi seperti sedang bertafakur.
"Kini, gelak ketawa merupakan perkara penting dalam dunia. Selepas melakukan senaman ini, ia cukup melegakan dan memang berkesan," ungkap seorang pesakit kanser, Sally Young. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan